Posted by
Farizz Hubert Abdullah
In:
ll ilmiah ll
Kepalsuan Hadis Kelebihan Tarawikh
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali. Media-media elektronik, media-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu. Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r. a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut,
Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s. a. w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:
Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan(mendapat keampunan dari Allah Taala).
Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur(sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A. S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A. S.
Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S. A. W..
Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh
Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui.
Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini. Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya didalam sunnah.
Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s. a. w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama kita dahulu.
Rasulullah S. A. W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka.(Bukhori, Muslim)
Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S. A. W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).
Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis tentang pendustaan atas nama Nabi Muhammad S. A. W. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini.
Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad S. A. W. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam seterusnya dia berkata: Ulama-ulama telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga.
Fiman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan.(An-Najm: 3-4).
Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan terawih dalam bulan Ramadhan seperti mana kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang mana sebenarnya hadis itu pun telah di reka atas nama nabi Muhammad S. A. W. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi:
Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zohor dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri. Jika dia meninggalkan sembahyang sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan kaa'bah..
Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)
Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan kedalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)
Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun siksaannya namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.
Diantara ciri-ciri hadis maudhu` (rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah
1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad S. A. W. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi-nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.
2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan dimana ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis shohih.
3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s. a. w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi sepertimana yang terdapat dalam hadis-hadis shohih.
4. Didalam setengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama-ulama hadis telah mengatakan bahawa hadis-hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang shohih. Yang lainnya adalah palsu.
Oleh itu umat Islam sekalian terutamanya pihak-pihak berkenaan seperti institusi-institusi agama diperingkat negeri dan pusat sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan kedua Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan diayah-diayah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s. a. w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.
Posted on
-
0 Comments
Posted by
Farizz Hubert Abdullah
In:
ll English Section ll
Tajdid: A Necessity to the Ummah
Tajdid or the process of renewal to the religious comprehension is a necessity. Throughout the history of this ummah, the movement or the struggle of tajdid was instrumental in preventing the ummah from becoming weak and incompetent. In a sahih hadith reported by al-Imam Abu Daud, the Prophet s.a.w said: “Allah will raise for this community at the end of every hundred years someone who will restore its religion for it.”
All through the time, advocates of tajdid appeared one after another to carry out various endeavors and to confront different challenges. Tajdid was implemented in various fields for the wellbeing of the ummah. Caliphate ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz was a prominent advocate of tajdid (mujaddid) based on the consensus of the ummah. After him, other scholars who were regarded as mujaddid appeared such as al-Imam al-Syafi’i (deceased in 204H), al-Imam Ibn Taimiyyah (deceased in 728H) and others.
The word ‘man’ or ‘someone’ as stated in the hadith above instigated different interpretations among the scholars. They debated whether the hadith implied that ‘someone’ will be sent for every century or a number of individuals will be sent but spread all over the place and in different countries, or if it implied any particular movement or the likes of it. Whatever it may be, it is more important to derive from this hadith that tajdid in Islam is necessary.
Tajdid does not denote the establishment of a new religion. There are two different definitions that can be assigned to tajdid. The first definition is to restore the religion’s original look just as we would restore the condition of something that has gone bad or has expired. Renewal or tajdid means that the situation and time renders it necessary to restore something to its original form. A practical exemplar is the renewal of our driving license or something similar. Basically, we have the original driving license but it has to undergo a renewal process because it is old or expired.
The second definition of tajdid is that it can also imply the innovation of certain element to fulfill contemporary need and requirement such as the innovation of modern vehicle. It has never been created before but it serves the same basic purpose required by humankind since the earliest of time that is to move from one place to another.
Therefore, in the context of Islam, innovation should be performed such that it does not change the religion but rather, it is to satisfy the new understanding or view brought about by the change in circumstances. However, it should not deviate from the essence and the requirement of al-Quran and al-Sunnah. In other words, the renewal of Islam refers to the restoration of the original look of Islam that is being practiced by the ummah because the look of Islam has been contaminated or neglected as time passes by and as circumstance varies. It can also refer to the construction of new understanding and new view to meet the contemporary requirement but is still centered upon the al-Quran and al-Sunnah.
In another hadith, the Prophet s.a.w said:
“This knowledge must be carried by those who are righteous among the successors (from one generation to another). They deny (oppose) the deviance performed by the extremists, the false claims made by the immorals and the interpretation done by the ignorants.” (Reported by al-Baihaqi, Ibn ‘Adi and others. Ranked by hasan by al-Imam Ahmad).
Al-Quran and al-Sunnah are adjustable sources of Islam. However, there are two major problems concerning these two divine sources, first is that they are contaminated and second is that they are misinterpreted. Al-Quran is being contaminated by the irresponsible ones who add elements of Israiliyyat and mythical stories to it though its preservation is guaranteed by Allah. To the untrained eyes, those stories that are linked to the al-Quran are considered funny and impractical.
This blunder is commonly done by a significant number of religious speakers who frequently appear in electronic media in our country. Similarly, throughout the history, thousands of fabricated hadith were created to for the sake of various parties or due to lack of knowledge. In Malaysia, hadith is being quoted and narrated haphazardly by many individuals to the extent that even comical or garbled stories are linked to hadith. All these require tajdid.
Akidah is the core of Islam. The akidah of Islam is simple and comprehensible, as simple as the concept of akidah described in Surah al-Ikhlas. One who reads the al-Quran will find the intelligibility of akidah of Islam described in it, in Surah al-An’am for instance. The explanation is not convoluted like some syllabus used to teach people the attributes of Allah that goes something like Allah is existent and the opposite is non-existent, Allah is hearing and the opposite is deaf, Allah is seeing and the opposite is blind. Many of the muslims, new and old, are not clear about akidah and can easily ‘switch their religion’ despite having memorized this syllabus. This is because the syllabus was based on philosophical thoughts that is not as solid as the simple and comprehensible akidah described by al-Quran and al-Sunnah. We need tajdid in this area.
In applying fiqh, mazhab fanaticism that is being passed down to us by some religious conservative is causing us to become a society that is ‘color-blind’ on facts or completely lacking of curiosity not questioning what are the basis for the religious practices being performed. We fail to ask if the religious practice originates from al-Quran and al-Sunnah or is a mere presumption. Even those who are fanatic to mazhab Syafi’i are not sure if the opinions they are upholding are indeed the opinions of al-Imam al-Syafi’I (deceased in 204H) or are only words that come out of people’s mouth.
Even more worrying is the fact that our fiqh comprehension that is lacking of supporting evidence or built on weak evidence leads to narrow-mindedness and imposes inconvenience to the ummah. Unnecessarily arduous rules that are not based on clear nas are enforced such as the direction to ‘purify’ the whole house issued by some quarters. In addition to lacking of clear nas, it is unreasonably burdening. The need to have a fiqh comprehension that is based on strong supporting evidence and is undemanding is a requirement in this era. In a hadith, the Prophet s.a.w said:
“Religion is very easy and whoever overburdens himself in his religion will not be able to continue in that way. So you should not be extremists, but try to be near to perfection and receive the good tidings that you will be rewarded.” (Reported by al-Bukhari)
Tazkiah al-Nafs or spiritual refinement that is being referred to by some people as tasawwuf is essential to the soul. However, a matter as delicate as that involving the spiritual bond of a person with Allah requires the guidance of al-Quran and al-Sunnah. If not, one will wander off and enter a world that is filled with philosophical words, dreams of the afterworld, stories of saints and the supernatural and various other strange philosophies. It no longer leads them to Allah but instead, it leads them into the messy domain of weird Sufism causing them to abandon their study on al-Quran as well as hadith and concentrate only on what their ‘tok syeikh (chief) says’. In this matter, tajdid is required.
Humankind needs politics to survive in a communal life. Islam has the guideline for that. However, because we have become so habituated to the Western politics, sometimes we are even worse than them, politics no longer brings forth happiness and tranquility to the ummah but it instigates nuisance, anxiety and other unpleasant states of mind. The application of Islam in our politics is hardly noticeable even by those who are spotting the Islamic brand or the likes of it. In this matter, tajdid is required.
A lot of the contemporary issues we are encountering these days were not known in the past. To ensure a continuous survival of the ummah, various new opinions are required to cater for the change that the ummah and the world are experiencing. The opinions of preceding theologians may not be wrong but have expired due to the change in time and circumstances. Therefore, tajdid to those opinions or formulation of new opinions that are still centered upon al-Quran and al-Sunnah are required and a must. Some of the nas from al-Quran and al-Sunnah has to be viewed in a much broader context in terms of its meaning and substance.
Therefore, obviously, the endeavor and movement that advocates tajdid is necessary for the ummah including us in Malaysia. This is regardless of the fact that every now and then, tajdid advocates are criticized and subjected to various slanders by those who are bothered by tajdid. Regarding this phenomenon, the Prophet s.a.w once said:
“Indeed Islaam began as something strange. And it will return as something strange the way it began. So give glad tidings to the strangers” He was asked, “Who are the strangers O Allah’s Apostle?” He answered, “Those who are righteous when the people have become corrupt.” (Reported by Ahmad, sahih)
Posted on
-
0 Comments
Posted by
Farizz Hubert Abdullah
In:
ll Ar-Rijal and An-Nisa' ll
Bicara Wanita
Assalamualaikum..
Khas buat Muslimin ...
Renungkanlah...
WANITA : AKAL SENIPIS RAMBUTNYA
Jangankan lelaki biasa,
Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita,
Tanpa mereka,fikiran dan perasaan lelaki akan resah,
Masih mencari walau ada segalanya,
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun Adam tetap rindukan Hawa.
Dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok itu,untuk diluruskan oleh lelaki,
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus....
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus,
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah SWT,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah,
Didiklah mereka dengan panduanNya,
Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta,
Kerana nantinya mereka akan liat,
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan,
Kerana nantinya mereka derita,
Kenalkanlah mereka kepada Allah,
Zat yang kekal,Di situ punca kekuatan dunia!!!
Akal senipis rambutnya,
Tebalkan ia dengan ilmu,
Hati serapuh kaca,
Kuatkanlah ia dengan iman,
Perasaan selembut sutera,
Hiasilah ia dengan akhlak,
Suburkanlah ia kerana daripada situlah nantinya,mereka akan lihat nilaian dan keadilan,
Tuhan,
Bisikkanlah ke telinga mereka bahawa,
Kelembutan bukan satu kelemahan,Ia bukan diskriminasi
Tuhan,
Sebaliknya disitulah kasih dan sayang
Tuhan,
Jinakkanlah diri kepada Allah,
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu,
Jangan mengharapkan isteri semulia Fatimah Az Zahra,
Andai dirimu tidak sehebat Saidina Ali Karamallahu alwajhah
Sekian,
Wassalamualaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.
Posted on
-
0 Comments
Posted by
Farizz Hubert Abdullah
In:
ll Move On ll
Gantikan Membenci Dengan Kasih Sayang..
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Perumpamaan orang mukmin dalam kasih sayang, ramah mesra dan hubungan baik mereka adalah seperti satu jasad, apabila satu anggota padanya sakit akan menyebabkan semua anggota berjaga malam menahan sakit."
Riwayat Muslim
Huraian
1. Umat Islam hendaklah hidup bersatu padu dan harmoni kerana ini merupakan kunci kekuatan ummah.
2. Sifat benci-membenci dan hasad dengki mesti dihapuskan kerana ia akan membawa kepada perpecahan dan kemunduran sebaliknya kita mestilah saling bantu membantu, mengambil berat dan berkerjasama demi meningkatkan pembangunan ummah.
3. Islam amat menyukai umatnya yang sanggup berkorban untuk saudaranya bahkan ganjaran bagi orang yang berbuat demikian adalah sangat besar di sisi Allah S.W.T.
p/s : Benci & dendam akhirnya memakan diri sendiri..kajian perubatan menunjukkan pelbagai penyakit dalaman yg kronik antara puncanya adalah kerana mengamalkan sifat-sifat berburuk sangka,membenci, marah meluap-luap dan lain-lain.
Posted on
-
0 Comments
Posted by
Farizz Hubert Abdullah
In:
ll ilmiah ll
Puasa Umat Terdahulu by Nurman Indonisiy
Puasa telah dilakukan oleh umat-umat terdahulu. Kama kutiba 'alal ladzina min qablikum (Sebagaimana diwajibkan atas (umat-umat) yang sebelum kamu). Dari segi ajaran agama, para ulama menyatakan bahwa semua agama samawi, sama dalam prinsip-prinsip pokok akidah, syariat, serta akhlaknya. Ini berarti bahwa semua agama samawi mengajarkan keesaan Allah, kenabian, dan keniscayaan hari kemudian. Shalat, puasa, zakat, dan berkunjung ke tempat tertentu sebagai pendekatan kepada Allah adalah prinsip-prinsip syariat yang dikenal dalam agama-agama samawi. Tentu saja cara dan kaifiatnya dapat berbeda, namun esensi dan tujuannya sama.
Kita dapat mempertanyakan mengapa puasa menjadi kewajiban bagi umat islam dan umat-umat terdahulu?
Manusia memiliki kebebasan bertindak memilih dan memilah aktivitasnya, termasuk dalam hal ini, makan, minum, dan berhubungan seks. Binatang --khususnya binatang-binatang tertentu-- tidak demikian. Nalurinya telah mengatur ketiga kebutuhan pokok itu, sehingga --misalnya-- ada waktu atau musim berhubungan seks bagi mereka. Itulah hikmah Ilahi demi memelihara kelangsungan hidup binatang yang bersangkutan, dan atau menghindarkannya dari kebinasaan.
Manusia sekali lagi tidak demikian. Kebebasan yang dimilikinya bila tidak terkendalikan dapat menghambat pelaksanaan fungsi dan peranan yang harus diembannya. Kenyataan menunjukkan bahwa orang-orang yang memenuhi syahwat perutnya melebihi kadar yang diperlukan, bukan saja menjadikannya tidak lagi menikmati makanan atau minuman itu, tetapi juga menyita aktivitas lainnya kalau enggan berkata menjadikannya lesu sepanjang hari.
Syahwat seksual juga demikian. Semakin dipenuhi semakin haus bagaikan penyakit eksim semakin digaruk semakin nyaman dan menuntut, tetapi tanpa disadari menimbulkan borok.
Potensi dan daya manusia --betapa pun besarnya-- memiliki keterbatasan, sehingga apabila aktivitasnya telah digunakan secara berlebihan ke arah tertentu --arah pemenuhan kebutuhan faali misalnya-- maka arah yang lain, --mental spiritual-- akan terabaikan. Nah, di sinilah diperlukannya pengendalian. Sebagaimana disinggung di atas, esensi puasa adalah menahan atau mengendalikan diri. Pengendalian ini diperlukan oleh manusia, baik secara individu maupun kelompok. Latihan dan pengendalian diri itulah esensi puasa.
Puasa dengan demikian dibutuhkan oleh semua manusia, kaya atau miskin, pandai atau bodoh, untuk kepentingan pribadi atau masyarakat. Tidak heran jika puasa telah dikenal oleh umat-umat sebelum umat Islam, sebagaimana diinformasikan oleh Al-Quran.
Dari penjelasan ini, kita dapat melangkah untuk menemukan salah satu jawaban tentang rahasia pemilihan bentuk redaksi pasif dalam menetapkan kewajiban puasa. Kutiba 'alaikumush shiyama (diwajibkan atas kamu puasa), tidak menyebut siapa yang mewajibkannya?
Bisa saja dikatakan bahwa pemilihan bentuk redaksi tersebut disebabkan karena yang mewajibkannya sedemikian jelas dalam hal ini adalah Allah Swt. Tetapi boleh jadi juga untuk mengisyaratkan bahwa seandainya pun bukan Allah yang mewajibkan puasa, maka manusia yang menyadari manfaat puasa, dan akan mewajibkannya atas dirinya sendiri. Terbukti motivasi berpuasa (tidak makan atau mengendalikan diri) yang selama ini dilakukan manusia, bukan semata-mata atas dorongan ajaran agama. Misalnya demi kesehatan, atau kecantikan tubuh, dan bukankah pula kepentingan pengendalian diri disadari oleh setiap makhluk yang berakal?
Di sisi lain bukankah Nabi Saw. bersabda, "Seandainya umatku mengetahui ( semua keistimewaan ) yang dikandung oleh Ramadhan, niscaya mereka mengharap seluruh bulan menjadi Ramadhan."
Posted on
-
0 Comments
Subscribe to:
Posts (Atom)