right_side

About this blog

tukang layout
MyEm0.Com
aim

..lalala..
Showing posts with label ll Move On ll. Show all posts
Showing posts with label ll Move On ll. Show all posts
In:

Gantikan Membenci Dengan Kasih Sayang..


Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Perumpamaan orang mukmin dalam kasih sayang, ramah mesra dan hubungan baik mereka adalah seperti satu jasad, apabila satu anggota padanya sakit akan menyebabkan semua anggota berjaga malam menahan sakit."


Riwayat Muslim


Huraian


1. Umat Islam hendaklah hidup bersatu padu dan harmoni kerana ini merupakan kunci kekuatan ummah.


2. Sifat benci-membenci dan hasad dengki mesti dihapuskan kerana ia akan membawa kepada perpecahan dan kemunduran sebaliknya kita mestilah saling bantu membantu, mengambil berat dan berkerjasama demi meningkatkan pembangunan ummah.


3. Islam amat menyukai umatnya yang sanggup berkorban untuk saudaranya bahkan ganjaran bagi orang yang berbuat demikian adalah sangat besar di sisi Allah S.W.T.


p/s : Benci & dendam akhirnya memakan diri sendiri..kajian perubatan menunjukkan pelbagai penyakit dalaman yg kronik antara puncanya adalah kerana mengamalkan sifat-sifat berburuk sangka,membenci, marah meluap-luap dan lain-lain.

In:

Kelebihan Menuntut Ilmu


Sesungguhnya menuntut ilmu itu banyak suruhan dan kelebihannya, namun terdapat dalil-dalil yang emnunjukkan kelebihan menuntut ilmu di dalam Al-Quran dan juga sunnah Nabi SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya sesutu bab daripada ilmu yang dipelajari oeleh seorang lelaki terlebih baik baginya daripada dunia dan apa yang di dalamnya” dan firman Allah Taala ertinya : “Maka tanya olehmu akan orang yang ahli zikri (orang yang alim) jikalau kamu tidak mengetahui”.

Di samping itu terdapat juga fadhilat-fadhilat menuntut ilmu yang terlebih baik daripada beribadat sunat yang disabdakan oleh Nabi SAW ertinya : “Demi Tuhan bahawa jika kamu pergi menuntut ilmu daripada sesuatu bab terlebih baik daripada kamusembahyang seratus rakaat,” dan terdapat juga daripada hadis Abi Zarr RA katanya ertinya: “Setiap permulaan daripada orang yang mengajar ilmunya itu terlebih afdhal daripada sembahyang seribu rakaat dan mengunjungi seribu orang sakit dan menghantar seribu jenazah kemudian ditanya Rasulullah: Adakah ia terlebih afdhal daripada membaca Al-Quran dijawabnya : “Tidak manfaat membaca Al-Quran itu tanpa ilmu.” Seperti kata Imam Syafie RA, menuntut ilmu itu terlebih baik daripada sembahyang sunat. Dan Abu Darda’ juga telah berkata: “Demi Tuhanku bahawasanya aku belajar sesuatu ilmu terlebih kasih bagiku daripada beribadat setiap malam (qiamullail).


Di samping itu, banyak hadis yang disabdakan oleh Nabi SAW tentang kematian orang dalam menuntut ilmu antaranya, “Barangsiapa yang mati di dalam keadaan menuntut ilmu untuk menghidupkan agama Islam, maka antaranya dan antara nabi-nabi di dalam Syurga adalah satu darjat.” Saidina Umar RA telah berkata sesungguhnya mati seribu orang yang kuat beribadat setiap malam kepada Allah Taala dan berpuasa setiap hari terlebih mudah daripada mati seorang yang alim atau mengetahui perkara-perkara yang dihalalkan dan diharamkan oleh Allah.


Namun begitu, Nabi SAW juga telah menggariskan kepada beberapa peringkat kelebihan ilmu dengan sabda Baginda, “Sesungguhnya ilmu itu adalah umpama gedung dan anak kuncinya adalah pertanyaan, maka tanyalah kerana diberi pahala kepada empat jenis orang di dalam ilmu pertama, kepada orang yang suka bertanya akan sesuatu ilmu, kedua kepada orang yang mengetahui sesuatu ilmu dan mengajar ketiga kepada orang yang mendengar orang yang mengajar ilmu keempat kepada orang yang suka dan kasih akan majlis ilmu. Dan Atta’ telah berkata sesungguhnya perhimpunan orang yang duduk di dalam majlis ilmu itu iaitu menghapuskan tujuh puluh perhimpunan majlis lagha (sia-sia).


Meneliti kepada kepentingan ilmu seperti yang tersurat, maka seharusnya bagi kita sebagai ummah terbaik mengambil kesempatan berharga di dalam kehidupan ini merancakkan lagi pemburuan ilmu. Mudah-mudahan masa yang berbaki dimanfaatkan seoptimum mungkin demi masa depan dakwah yang semakin mencabar.


p/s : Anyone yang dah habis degree tu dah boleh prepare la nak buat MA pulak an..Ingat!! mesti dapat PhD sorang satu!! Biar bukan medical doctor pun tapi pangkal name mesti Dr. Farizz Hubert...Chill Ya~

In:

Lihat Kelemahan Kita Dulu...

KITA terlalu banyak memikirkan apa yang berada di luar kita. Ramai orang menginginkan orang lain berubah.


Malah, kadang-kadang kita berkeinginan tetapi tidak kesampaian. Kita mahu negara kita berubah. Kita mahu orang berubah, kita bercita-cita mahu ubah pekerja kita tetapi malangnya anak isteri kita tidak mampu diubah.


Kenapa kita tidak mampu mengubah orang lain? Antara sebabnya kita tidak pernah memberi masa bersungguh-sungguh untuk mengubah diri sendiri.


Rahsia mengubah orang ialah dengan mengubah diri sendiri. Betapa besar pun hasrat untuk mengubah orang lain sekiranya tidak dimulakan dengan diri sendiri ia akan menjadi hampa.


Kadangkala hasrat untuk mengubah orang lain akan menjadi bahan ketawa. Orang di sekeliling kita akan menyaksikan cakap tidak serupa bikin yang kita laungkan.


Sebagai perbandingan elok juga kita fikirkan perbandingan ini. Kalau kita hendak membina rumah apalah ertinya kita memikirkan dinding, pintu dan atap sekiranya tapak tidak kita bina.


“Mulakan dengan dirimu,” kata pepatah Arab. Inilah kunci orang yang berjaya. Berani mengejek itu mudah,berani berhujah itu mudah tetapi tidak ramai orang yang berani melihat kekurangan diri sendiri.


Ramai orang berani melihat kekurangan orang tetapi jarang orang berani membincangkan kelemahan dirisendiri.


Sebenarnya mengubah diri dengan penuh sedar adalah juga mengubah orang lain. Walaupun tidak sepatah katakita ucapkan untuk ubah orang lain, perbuatannya yang berubah itu menjadi ucapan yang sangat bererti bagiorang lain.


Memang pengaruh dari kegigihan mengubah diri tidak akan spontan dirasakan. Tetapi percayalah ia akan membekas dalam minda orang lain.


Makin lama orang akan simpati dan terdorong juga untuk turut sama berubah. Lantas bagaimana kaedah mengubah diri?


Pertama: Mulalah dengan mengubah diri sendiri.Bagaimana mungkin kita mengajak orang berubah sedangkan kita tidak berubah. Jadilah seperti 'ketam mengajar anak berjalan betul' nanti cakap tidak serupa bikin.


Kedua: Mulakan dengan melakukan perkara yang kecil.Perkara yang kecil-kecil jika dilazimi akan membantu dan memudahkan untuk melakukan yang besar-besar.Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.


Perkara yang kecil jika sering diabaikan nanti berjangkit yang besar pun akan mudah diingkari. Banjir besar diawali dengan titik-titik hujan yang kecil.


Ketiga: Mulakan sekarang (Do it now). Jangan bertangguh lagi. Semakin bertangguh semakin melarat.Masalah yang kecil-kecil akan jadi besar jika dibiarkan.


Keempat: Paksa diri dengan sepenuh hati. Nafsu jika tidak dipaksa nanti jadi degil.


Kelima: Belajar menghukum diri sendiri. Kalangan sahabat pernah menghukum diri dengan berpuasa kerana mengumpat.

Keenam: Kena ulang dan ulang dan ulang dan ulang dan ulang kebaikan sehingga sebati dengan diri. Wassalam.

In:

Gantikan Membenci Dengan Kasih Sayang

Hadith :Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Perumpamaan orang mukmin dalam kasih sayang, ramah mesra dan hubungan baik mereka adalah seperti satu jasad, apabila satu anggota padanya sakit akan menyebabkan semua anggota berjaga malam menahan sakit."

Riwayat Muslim

Huraian
1. Umat Islam hendaklah hidup bersatu padu dan harmoni kerana ini merupakan kunci kekuatan ummah.
2. Sifat benci-membenci dan hasad dengki mesti dihapuskan kerana ia akan membawa kepada perpecahan dan kemunduran sebaliknya kita mestilah saling bantu membantu, mengambil berat dan berkerjasama demi meningkatkan pembangunan ummah.
3. Islam amat menyukai umatnya yang sanggup berkorban untuk saudaranya bahkan ganjaran bagi orang yang berbuat demikian adalah sangat besar di sisi Allah S.W.T.

P/S: Benci & dendam akhirnya memakan diri sendiri..kajian perubatan menunjukkan pelbagai penyakit dalaman yg kronik antara puncanya adalah kerana mengamalkan sifat2 berburuk sangka,membenci, marah meluap2 dll.aku ingin berubah..