Showing posts with label ll Ar-Rijal and An-Nisa' ll. Show all posts
Showing posts with label ll Ar-Rijal and An-Nisa' ll. Show all posts
Posted by
Farizz Hubert Abdullah
In:
ll Ar-Rijal and An-Nisa' ll
Bicara Wanita
Assalamualaikum..
Khas buat Muslimin ...
Renungkanlah...
WANITA : AKAL SENIPIS RAMBUTNYA
Jangankan lelaki biasa,
Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita,
Tanpa mereka,fikiran dan perasaan lelaki akan resah,
Masih mencari walau ada segalanya,
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun Adam tetap rindukan Hawa.
Dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok itu,untuk diluruskan oleh lelaki,
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus....
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus,
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah SWT,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah,
Didiklah mereka dengan panduanNya,
Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta,
Kerana nantinya mereka akan liat,
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan,
Kerana nantinya mereka derita,
Kenalkanlah mereka kepada Allah,
Zat yang kekal,Di situ punca kekuatan dunia!!!
Akal senipis rambutnya,
Tebalkan ia dengan ilmu,
Hati serapuh kaca,
Kuatkanlah ia dengan iman,
Perasaan selembut sutera,
Hiasilah ia dengan akhlak,
Suburkanlah ia kerana daripada situlah nantinya,mereka akan lihat nilaian dan keadilan,
Tuhan,
Bisikkanlah ke telinga mereka bahawa,
Kelembutan bukan satu kelemahan,Ia bukan diskriminasi
Tuhan,
Sebaliknya disitulah kasih dan sayang
Tuhan,
Jinakkanlah diri kepada Allah,
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu,
Jangan mengharapkan isteri semulia Fatimah Az Zahra,
Andai dirimu tidak sehebat Saidina Ali Karamallahu alwajhah
Sekian,
Wassalamualaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.
Posted on
-
0 Comments
Posted by
Farizz Hubert Abdullah
In:
ll Ar-Rijal and An-Nisa' ll
Petua Mendapat Pasangan Vol. I...
1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang
menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda.
Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada
jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha.
Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh
disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan
anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana
mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga
anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar
diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal
pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang
murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda
daripada semua perasaan yang negatif terhadap
semua orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga
ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran,
maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan
berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda
akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda
membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan
membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus
sentiasa bersedia untuk bertemu dengan
pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu
sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap
masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya.
Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi
tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal
pasangan anda.
10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta.
Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta
mudah datang kepada mereka yang sentiasa
bersedia untuk menerima cinta.
# Untuk posting kali hanya 10 petua je dapat sy kasi tau..selanjutnya 'fArizzies' semua kena tunggu dengan debaran okay.

3 Comments
Subscribe to:
Posts (Atom)